Total Pageviews

SELAMAT DATANG KE TERATAK IBU TOK...TERIMA KASIH KERNA SUDI BERTANDANG...SEBELUM KELUAR SUDILAH KIRANYA TINGGALKAN KOMEN KAWAN2 PADA RESEPI IZZAH

Tuesday, 5 July 2011

Singgang Tempoyak Ikan Keli

Salam jumaat pada semua......Ari ni izzah nak masak tempoyak ikan keli.....ikan tgh rendam asam,bahan kisar pun dah siap sedia,tunggu nak masak je....sblm tu nak lyn n3 ni dulu la.....brcerita pasal ikan keli.....smlm pg kipmart, beli ikan yg tgh menggelitik lg,so nampak lak buah doyan.....dan dan ngencur..tingat,lau wat masak singgang tempoyak sedap ikan keli ni....apa lg.....terus 'tangkap sekilo(siap suruh siang)'dan ari ni menjadi la projekku........
Begini la rupanya singgang tempoyakku setelah masak.........dimasak lak dalam periuk tanah,lagi menambah kesedapannya....sesuai tuk mereka yg gemarkan makanan rebus2,maklum selalu sgt makan makanan berlemak dan berminyak x elok tuk kita...

Bahan-Bahan;-
1 kg ikan keli (siang & rendamkan dlm air asam + garam kasar)
1 gengam daun kesum
2 batang bunga kantan(belah 4)
3 helai daun kunyit(siat siat)
1 biji lada merah(buang tangkainya sahaja)
1 biji lada hijau(buang tangkainya sahaja)
2 keping asam gelugur@
1 camb air asam jawa(buat pekat)
4 camb tempoyak

Bahan kisar:-
2 cm lengkuas
1/2 cm kunyit hidup
2 ulas bawang putih
5 ulas bawang merah
1 camt kunyit serbuk
6 biji cili api
Garam,serbuk perasa ,air secukupnya

Bahan Sayur:-
1 batang timun(potong ikut suka)
4 biji bendi(buang hujung & pangkalnya sahaja)

Cara-Cara:-
  1. Masukkan semua bahan kisar kedalam periuk(izzah guna periuk tanah).berserta dgn air.
  2. Jerang atas api,masukkan ikan,tempoyak,bunga kantan & daun kesum.
  3. Masukkan sayur sayuran,daun kunyit,garam,serbuk perasa & asam keping@air asam jawa.
  4. Biarkan kuah mendidih.sambil sesekali dikacau,takut kuah membuak.
  5. Akhir sekali,masukkan kedua lada....rasa asam garamnya,setelah cukup semuanya...matikan api.
  6. Sejukkan dan hidangkan.

0 ulasan:

Post a Comment