Total Pageviews

SELAMAT DATANG KE TERATAK IBU TOK...TERIMA KASIH KERNA SUDI BERTANDANG...SEBELUM KELUAR SUDILAH KIRANYA TINGGALKAN KOMEN KAWAN2 PADA RESEPI IZZAH

Monday, 4 July 2011

Ayam Goreng Berempah Basah

Salam sejahtera kawan kawan....mood ari ni kureeeng selesa sikit,sampaikan nk masak pun dah x seronok...pada mulanya teringin nak masak kari mamak.....ala yg x pakai santan tu...fikir punya fikir,malas lak nak siang ikan kaci yg masih keras kebatun dlm esbox tu...so nak cepat leh makan izzah masak je ayam yg dah sedia lembut dlm sinki tu...maka jadila ayam masak berempah basah ni....sedap gak,lwn ngan acar mentah timun + kobis,goreng lak ikan masin bulu ayam...memang kena ngan selera kami sekeluarga....
yg ni picnya kabur sikit,so nampak warnanya cam gelap sikitttttt.......
 Apapun kita layan je resepinya........
BAHAN-BAHAN;-
1/2 Ekor ayam ( potong ikut suka )
1 Cm kunyit hidup
1  Cm halia
2 Batang serai
3 Ulas kecil bawang putih
  Garam,gula,serbuk kunyit dan air limau kasturi dr 1/2 biji limau
(blend semua bahan dan perapkan ayam selama 2 jam,goreng hingga masak-toskan minyaknya)
{ A}
1 Biji bawang besar
2 Ulas bawang putih
2 Cm halia
  (blend semua bahan A sehingga hancur)
{ B }
3 Camb rempah kari + sedikit air ( jadikan pes pekat )
3 Tangkai daun kari
1 Camb air asam jawa pekat
1 Camt serbuk ketumbar
  Air secukup kuah,garam,serbuk perasa dan sedikit gula perang.
  Sedikit minyak untuk menumis.
CARA-CARA;-
1). Tumiskan bahan {A} sehingga wangi dan perang.
2). Masukkan bahan {B},dimulakan dengan rempah kari,kacau dulu hingga pecah minyak.
3). Masukkan daun kari,dan semua bahan lain,renehkan kuah.Biarkan sehingga pekat,sesekali di kacau takut rempah hangus.Setelah cukup rasanya dan kuah sudah pekat,masukkan ayam tadi,kaup balikkan sekejap dan matikan api.
4). Angkat dan boleh la di hidangkan.
  ** Selain ayam,udang dan telur pun sedap dimasak berempah basah ni*

0 ulasan:

Post a Comment