Total Pageviews

SELAMAT DATANG KE TERATAK IBU TOK...TERIMA KASIH KERNA SUDI BERTANDANG...SEBELUM KELUAR SUDILAH KIRANYA TINGGALKAN KOMEN KAWAN2 PADA RESEPI IZZAH

Thursday, 7 July 2011

Roti Goreng Pedas

>>Assalamualaikum.....salam pagi sabtu pada semua......2 hari lepas izzah dapat 1 resepi dari kawan fb.....kak Hafidzoh morad...resepi roti goreng pedas....sedap,boleh ubah selera....bahannya pun simple je..tp izah agak 'derhaka' sikit,coz ubah & tokok sedikit bahan2nya...ikut apa yg ada kt dapur je......

BAHAN-BAHAN;-
1 Bungkus Roti wholmeal(roti biasa pun boleh)-(dipotong 4 segi kecil2)
1 biji bawang besar( blend hancur)
1 ulas bawang putih( blend hancur )
1 camb udang kering(izzah tukar ngan ikan bilis)
2 camb lada mesin(cili boh)
1/2 cawan taugeh(izzah guna kobis-parut)
5 tangkai kucai( di potong2)-(izah guna daun bawang je)
1 biji telur
  Sedikit garam,gula dan sebuk lada sulah.
  Sedikit minyak untuk menumis
  Sedikit daun sup dan daun bawang ( untuk di tabur di atas roti).
CARA-CARA;-
1). Tumis bawang besar,bawang putih dan lada mesin hingga naik bau.
2). Masukkan ikan bilis dan telur,kacau hingga telur hancur.
3). Masukkan sayur2,garam,gula dan serbuk lada sulah,kacau biar rata.
4). perlahankan api,masukkan roti,kaup dan balikkkan sekejap,dan di angkat.
5). Letakkan dlm pinggan,taburkan daun sup dan daun bawang,dan hidangkan.

**Roti ini sedap di makan panas2....anda boleh juga variasikan sayurnya,seperti kobis dan carrot**

1 ulasan:

Azie Izzah said...

Terima kasih kak fidzoh.....sedap resepi ni...makan panas panas ngan secawan teh kurang manis.....

Post a Comment